Biografi Mazlan bin Abu Bakar
Mazlan Abu Bakar telah dilahirkan pada 18 Julai 1954 di Klebang Besar, Melaka. Mendapat pendidikan dalam bidang seni lukis di Universiti Teknologi Mara 1974-1978 dan Universiti Sains Malaysia 1992-1993.
Memulakan karier sebagai guru seni lukis pada Jun 1980 hingga Disember 1987 di Sekolah Men. Dato’ Abdul Rahman Yaakub, Merlimau, Melaka. Pada Januari 1988 hingga Julai 2012 beliau telah bertugas sebagai pensyarah pendidikan seni di beberapa buah Institut Pendidikan Guru iaitu Institut Pendidikan Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak, IPG Kampus Ilmu Khas, Cheras dan Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban sebelum bersara wajib pada 17 Julai 2012.
Beliau aktif berpersatuan, menghasilkan karya seni dan berpameran. Aktif menggerakkan pelbagai aktiviti untuk Persatuan Pelukis Negeri Sembilan seperti plein air, art market dan karnival seni. Disamping itu juga aktif dalam menghasilkan bahan bacaan seperti artikel seni visual.
Sekian
Pendidikan
Institut Teknologi Mara (ITM) Shah Alam
pengkhususan Seni Halus 1974-1978
Diploma Perguruan Seni (ITM) tahun 1979-1980.
Sarjana Sastera(seni halus) Universiti
Sains Malaysia 1992-1993.
Sarjana Pendidikan Seni (M. Edu)
Universiti Malaya 1996-1997
Pendidikan
Persatuan Pelukis Negeri Sembilan (PELUKIS),
Ahli Persatuan Seni Negeri Sembilan (NSAS)
Art Membership Balai Seni Negara
Pencapaian
Tempat Ketiga Pertandingan Melukis MCAT, Anjuran Kementerian Warisan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia 2016
PENERBITAN BUKU
FRIDGE MAGNET
CERAMIC MUG
T-SHIRT