Persatuan Pelukis Negeri Sembilan atau panggilan ringkasnya PELUKIS telah ditubuhkan selepas mendapat kelulusan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada 15 Disember 1999. Ahli-ahli PELUKIS terdiri daripada pelbagai kaum antaranya Melayu, Cina, dan India. Merekaberlatar belakang dari pelbagai profesion seperti pendidik, ahli perniagaan, pelukis dan lain-lain. Peranan penting PELUKIS adalah untuk menyatukan semua ahli-ahlinya supaya dapat menjalankan kegiatan seni dengan lebih terancang dan terurus. Di samping itu, dapat mencungkil bakat-bakat muda di kalangan anak Negeri Sembilan. Secara tidak langsung, akan lahir ramai pelukis di Negeri Sembilan khasnya dan negara ini umumnya.
Gambar bersama ahli keluarga pelukis.
Pelukis yang terlibat menjayakan Citra.
Gambar bersama pengunjung.
Pelukis memberi penerangan kepada pengunjung.
Tuan Hj. Mazlan Abu Bakar memberikan ucapan ringkas sempena program CITRA anjuran Majlis Bandaraya Seremban.
Blog | Profail